DECTAR akan menjadi lokasi malam Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro pada 8 Januari ini. FOTO Aizuddin Saad
DECTAR akan menjadi lokasi malam Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro pada 8 Januari ini. FOTO Aizuddin Saad
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Peminat sukan tanah air berpeluang memenangi dua tiket ekslusif ke Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 8 Januari ini.

Orang ramai berpeluang untuk beramah mesra bersama atlet terbaik Malaysia, antaranya juara dunia silat empat kali, Mohd Al-Jufferi Jamari, juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan jaguh paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly.

Selain itu, artis terkenal tanah air juga mewarnai AIS seperti Aina Abdul, Akim Ahmad, Dolla, Bunga, Amir Masdi sekali gus orang ramai berpeluang mengenali mereka secara lebih dekat lagi.

Tiket ekslusif berkenaan boleh dimenangi dengan menjawab soalan dan lengkapkan ayat yang sudah dinyatakan itu.

AIS bakal menobatkan Ikon Sukan Terbaik yang dipilih dalam kalangan calon Top 5 yang memperoleh undian tertinggi membabitkan lapan kategori.

Lapan kategori yang dimaksudkan adalah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru, Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru, Ikon Sukan Paralimpik, Ikon Sukan Jurulatih, Ikon Sukan Persatuan/Kelab, Ikon Sukan Kepimpinan, Ikon Sukan Harapan dan Ikon Sukan Pempengaruh.

Proses undian peringkat kedua bagi finalis setiap kategori sudah bermula pada 1 Disember dan sudah berakhir 27 Disember lalu.

AIS akan bersiaran secara langsung di saluran televisyen TV9, termasuk saluran YouTube TV9 dan Harian Metro serta laman web AIS di www.hmetro.com.my/ais, pada 8.30 malam, 8 Januari 2023.

Acara sama turut memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada bekas atlet sebagai menghargai jasa dan sumbangannya dalam pembangunan industri sukan tempatan melalui kategori khas, Anugerah Ikon Sukan Legenda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 5:32 PM