VELODROM Kuala Lumpur dibuka semula untuk sesi latihan skuad berbasikal KL bagi menghadapi Sukma bulan depan. FOTO Bernama
VELODROM Kuala Lumpur dibuka semula untuk sesi latihan skuad berbasikal KL bagi menghadapi Sukma bulan depan. FOTO Bernama
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Velodrom Kuala Lumpur kini milik siapa? Velodrom yang dulu menjadi kebanggaan sukan berbasikal negara selepas melahirkan beberapa pelumba bertaraf dunia seperti Rosman Alwi, M Kumaresen, Datuk Azizulhasni Awang, Rizal Tisin dan ramai lagi kini terbiar kosong malah dikatakan ia diduduki entiti misteri.

Sekumpulan pencari paranormal dikatakan ternampak 'penghuni' velodrom terbabit yang kini dibiar tidak berpenghuni atau digunakan.

Video yang disiarkan dalam ruangan Tiktok Ummie Ismail dengan perakam dikatakan ternampak makhluk yang tidak mempunyai muka.

"Ada kelibat makhluk berbaju putih tanpa muka. Kau orang tengok wei tanpa muka. Dah hilang dah.

MAKHLUK berbaju putih kelihatan di dalam satu bilik di Velodrom KL.
MAKHLUK berbaju putih kelihatan di dalam satu bilik di Velodrom KL.

"Badan hitam dan berbaju putih. Seram wei. Dia (makhluk) memegang batang penyapu namun tidak pasti siapakah dia yang sebenarnya," kata pemilik rakaman.

Siaran berkenaan turut mendapat 11.7 ribu tanda sukan dan 155 komen. Velodrom yang dikenali dengan vVelodrom Cheras itu dahulunya menjadi venue ikonik penganjuran sukan berprestij tinggi iaitu temasya Komanwel Kuala Lumpur 1997 dalam acara berbasikal.

Bagaimanapun, lokasi yang dahulunya dimiliki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seluas 4.8 hektar itu sudahpun dijual kepada pihak pemaju Dupion Development SDN BHD, yang juga pemilik tanah kawasan berkenaan.

Kali terakhir venue itu menganjurkan kejohanan adalah pada Mac 2017, sebelum ia ditutup untuk dirobohkan bagi memberi laluan untuk pembinaan projek komersial.

Namun selepas perbincangan velodrom berkenaan dibenarkan untuk digunakan sementara oleh skuad berbasikal KL sebagai persiapan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 4:24 PM