CARLOS Alcaraz pencabar gelaran juara Terbuka Perancis tahun ini. -FOTO AFP
CARLOS Alcaraz pencabar gelaran juara Terbuka Perancis tahun ini. -FOTO AFP
AFP

Paris: Carlos Alcaraz menjadi tumpuan utama pada hari pertama Terbuka Perancis apabila pemain remaja Sepanyol itu memberi laungan amaran awal kepada Roland Garros mengenai masa depan dalam tenis Grand Slam.

Pemain berusia 19 tahun itu kini berusaha menjadi pemain remaja kelapan untuk merangkul gelaran juara lelaki, dijangka akan menamatkan penguasaan juara 13 kali Rafael Nadal dan pemenang dua kali, Novak Djokovic.

Alcaraz kini mendominasi siri jelajah pada 2022 apabila memenangi 28 perlawanan dan hanya tiga kekalahan.

Tiga daripada kejuaraannya diraih di Rio, Barcelona dan Madrid di mana dia menewaskan Nadal, Djokovic dan pemain ketiga dunia Alexander Zverev untuk bergelar juara.

Alcaraz akan memulakan kempen Terbuka Perancis menentang pemain Argentina Juan Ignacio Londero yang kini menghuni ranking ke-141 namun berjaya mara ke 16 terakhir pada 2019.

Alcaraz berada di ranking ke-97 tahun lalu dan dia hanya berusia dua tahun ketika Nadal Nadal memenangi gelaran pertama dari 13 kejuaraan Terbuka Perancis pada 2005 namun dia berjaya mencatatkan kejayaan pada 2021 apabila berjaya mara dari pusingan kelayakan ke pusingan ketiga.

"Dia seorang yang istimewa," kata Djokovic mengulas mengenai gelaran Masters Miami yang berprestij pada awal tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 11:52 AM