MIKE prospek emas negara dalam acara angkat berat.
MIKE prospek emas negara dalam acara angkat berat.
Ferzalfie Fauzi dan Sukhairi Thani dan Fadhli Ishak

Hanoi: Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) boleh menarik nafas lega selepas prospek emas negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dibenarkan mengambil bahagian pada temasya Sukan Sea Vietnam 2021 selepas pada mulanya dikesan positif Covid-19.

PBBM mengakui pihaknya sedikit cemas dengan keadaan dihadapi Syarul atau lebih dikenali sebagai Mike sebaik saja tiba di bumi Hanoi Rabu lalu.

Mike begitupun dipantau rapi dan selepas lima kali ujian ujian pantas antigen (RTK-Ag), Mr Asia lima kali itu bebas daripada sebarang jangkitan dan seterusnya dibenarkan beraksi dalam acara Athletics Physique lelaki, Ahad ini.

"Mike tidak mengalami sebarang simptom malah dia kekal tenang kerana dia juga pernah lalui tugas berat dalam latihan," kata pengurus pasukan, Syed Fairus Syed Ali ketika ditemu di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi.

"Selepas ujian dilakukan sekali lagi, Mike bebas Covid-19 dan akan mengambil bahagian pada Ahad nanti."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2022 @ 8:49 PM