WOODS ternyata memerlukan sedikit masa untuk mencari sentuhan terbaiknya. FOTO Reuters
WOODS ternyata memerlukan sedikit masa untuk mencari sentuhan terbaiknya. FOTO Reuters
AFP

Augusta: Harapan Tiger Woods untuk kembali meraih kemenangan, selepas kembali dari kecederaan yang mengancam kariernya, semakin suram di Augusta National, manakala Scottie Scheffler merampas pendahulu saingan Masters dengan kelebihan tiga pukulan.

Woods, 14 bulan berehat akibat kemalangan kereta yang menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk, melihat harapannya untuk kembali semula menyarung jaket hijau kali keenam semakin pudar selepas mencatat keputusan paling teruk di Masters, enam di atas par 78.

Kelebihan sembilan pukulan yang ada pada Scheffler untuk memulakan hari terakhir, Woods sedar dia memerlukan sesuatu yang sensasi bagi memberi peluang kepada dirinya esok.

Mencatat 78 pukulan adalah lebih teruk daripada dia lakukan pada 1996 dengan 77 pukulan iaitu selaku pemain amatur ketika itu.

"Ia seperti saya melakukan seribu pukulan putt di atas greeen hari ini. Pukulan saya tidak begitu teruk hari ini, hanya ada beberapa tiga putt dan empat putt. Saya tidak dapat menjiwainya," kata Woods.

Woods kini ketinggalan 16 pukulan di belakang Scheffler tatkala pemain 25 tahun dari Texas itu diekori rapat Cameron Smith yang mencatat empat bawah par 68 untuk keseluruhan 210.

Dua pukulan di belakang Smith, pemain Korea Selatan Im Sung-jae yang mencatat satu bawah par 71

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 3:59 PM