REAKSI Khan selepas tewas di tangan Brook.
REAKSI Khan selepas tewas di tangan Brook.
Agensi

London: Amir Khan mengesahkan persaraannya daripada sukan tinju selepas tewas kepada Kell Brook di Manchester kelmarin.

Permusuhan Khan dan Brook selama 20 tahun mencapai kemuncaknya dalam pertarungan yang menyaksikan kedua-duanya berpelukan selepas loceng terakhir.

Brook lebih mendominasi pertarungan sehingga memaksa pengadil Victor Loughlin terpaksa menghentikannya pada pusingan keenam.

Dia kini mahu berehat dan menikmati kopi bersama Khan

Brook berkata kepada Behind The Gloves: "Saya kata kepadanya, dengar anda mempunyai hati singa. Mari kita lupakannya dan mungkin nikmati kopi bersama.

"Sesiapa sahaja yang masuk ke gelanggang, anda perlu hormatinya. Dia bertarung dengan sengit tapi hanya yang kedua terbaik.

Khan pula mengakui dia mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga. "Saya mahu menghantar anak ke sekolah dan kembalikan masa yang hilang bersama mereka. Saya beraksi 40 pertarungan, menang dua gelaran dunia, bertarung di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

"Cinta untuk sukan ini sudah tiada lagi. Kini masa untuk keluarga sepenuhnya," kata Khan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Februari 2022 @ 12:13 PM