JAGUH tinju berbelah bagi sama ada Pacquiao atau Mayweather paling hebat.
JAGUH tinju berbelah bagi sama ada Pacquiao atau Mayweather paling hebat.

Tinggal beberapa hari sebelum ‘pertarungan terhebat abad ini’ apabila Floyd Mayweather yang mengekalkan rekod tanpa kalahya berdepan Manny Pacquiao dalam pertarungan paling mewah dalam sejarah tinju.

Pertarungan berlansung di MGM Grand di Las Vegas dijangka memberi pula­ngan lebih daripada £300 juta (RM1.64 bilion) untuk kedua-dua peninju dengan keuntungan dibahagikan 60/40 yang memihak kepada May­weather.

Mayweather, 38, juara dunia 11 kali dalam lima kategori berat badan, manakala Pacquiao, peninju Filipina berusia 36 tahun itu memena­ngi gelaran dunia dalam lapan kategori berat badan.

Mayweather atau ‘Money’ pemegang gelaran welterweight WBA dan WBC mempunyai rekod kemenangan 47-0 manakala juara WBO, Pacquiao tewas lima daripada 64 perlawanan disertainya dan seri dua.

Siapa yang bakal menang pertarungan ini? Peninju handalan mempunyai ramalan masing-masing.

Oscar De La Hoya (Pacquiao)

De La Hoya, yang pernah bertarung dengan kedua-duanya, memilih Pacquaio namun hanya jika dia bermula dengan baik dalam dua pusi­ngan pertama dan pertarungan akan memihak kepadanya.

George Foreman (Pacquiao)

“Jika kita mempunyai pengadil yang baik kali ini, ia akan memihak Pacquiao,” kata Foreman.

“Mayweather bermula awal, cuba mencari masa sesuai untuk menyerang dan Pacquiao akan memberikan tumbukan padu untuk mendapat mata dan terus berada di depan.

“Gerakannya akan menjadi perlahan selepas itu dan Mayweather akan menjadi lebih agresif tetapi dia tidak mempunyai ta­ngan kanan yang kuat. Tangan kanannya akan cedera dan tidak mampu mendapatkan knockout.

“Jadi dia mungkin akan terus bertarung untuk menang atau kalah dalam beberapa mata.”

Mike Tyson (Pacquiao)

Iron Mike berpendapat Pacquiao akan menang kerana dia lebih banyak membuat tumbukan.

“Floyd tidak melakukan hampir 100 tumbukan setiap pusingan. Dia seorang peninju yang lebih menumpukan terhadap taktik menakala Pacquiao sentiasa bergerak dan mengacahnya. Ini pandangan saya, Pacquiao mempunyai gerakan yang tidak putus, dia sentiasa bergerak lincah.”

Kell Brook (Mayweather)

“Saya memihak kepada Floyd Mayweather,” kata Brook. “Dia tidak pernah kalah sebelum ini, dia tahu bagaimana untuk menang dan perlawanan berlangsung di Vegas.

“Saya fikir Mayweather akan mengawal perlawanan dan bagi saya, dia terlalu pintar buat Manny Pacquiao.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 11:20 AM