Manny Pacquiao. FOTO Agensi
Manny Pacquiao. FOTO Agensi
Agensi

London: Manny Pacquiao hampir bersetuju dengan perjanjian membabitkan aksi berdepan Amir Khan sebelum ia gagal dicapai dan dia masih mahu bertarung di United Kingdom (UK).

Khan sebelum ini menjalani latihan dan rakan pelatih PacMan ketika di gim Wild Card milik ikon sukan itu Freddie Roach di Los Angeles.

Namun selepas petinju Britain berkenaan meninggalkan gelanggang latihan Roach, dia mensasarkan untuk bertarung dengan ikon tinju Filipina, Pacquiao.

Perjanjian hampir tercapai, ketika juara divisyen lapan bercakap mengenai pertarungan dengan Khan.

Pacquiao memberitahu Sky Sports: "Pertarungan itu sudah hampir dilaksanakan tetapi terdapat masalah mengenai sesuatu perkara. Saya tidak dapat mendedahkannya."

Pacquiao, 42, tidak dapat mengesahkan tahun perjanjian yang sepatutnya dia berdepan Khan, 34, selepas beberapa tahun dikaitkan antara satu sama lain.

Dia bagaimanapun teringat mengenai sesi latihan bersama petinju itu yang diadakan secara tertutup.

Pacquiao berkata: "Bertarung dalam gelanggang, di dalam gelanggang sangat berbeza daripada latihan.

"Berbeza dengan rakan pelatih. Memang sangat berbeza."

Legenda tinju itu membuat kemunculan semula selepas dua tahun berehat bagi menentang petinju Cuba, Yordenis Ugas, 35, Sabtu ini.

Pacquiao, sepatutnya berdepan Errol Spence Jr, 31, sebelum petinju Amerika Syarikat itu menarik diri kerana mengalami kecederaan mata, tidak begitu komited dengan berapa pertarungan yang bakal dihadapinya.

Namun sebelum bersara, PacMan masih berharap untuk bertarung di Britain buat pertama kali dalam 71 karier pertarungannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Ogos 2021 @ 12:32 PM