Pasangan tenis wanita Brazil, Laura Pigossi (kanan) dan Luisa Stefani cipta sejarah buat negaranya di Olimpik Tokyo. FOTO AFP
Pasangan tenis wanita Brazil, Laura Pigossi (kanan) dan Luisa Stefani cipta sejarah buat negaranya di Olimpik Tokyo. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Laura Pigossi dan Luisa Stefani memenangi pingat julung kali buat Brazil dalam acara tenis di Sukan Olimpik hari ini apabila mengatasi pasangan Rusia, Veronika Kudermetova dan Elena Vesnina dalam acara beregu wanita bagi merebut pingat gangsa.

Pasangan itu mencatat kemenangan 4-6, 6-4, 11-9 selepas aksi dua jam dan 11 minit dalam keadaan cuaca terik di Tokyo.

Brazil menyenaraikan pemain tenis mereka pada setiap temasya sejak sukan berkenaan diperkenalkan pada Olimpik 1988.

Veronika dan Elena yang beraksi dalam acara beregu campuran final di samping Aslan Karatsev esok, mendahului 9-5 pada set penentuan namun gagal memperoleh kemenangan.

Laura dan Luisa merangkul pingat bersejarah mereka dengan aksi cemerlang untuk memperoleh enam mata berturut-turut sekali gus memastikan kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Julai 2021 @ 6:40 PM