AKSI Bowen (kanan) menanduk masuk gol pertama West Ham di Stadium Kenilworth Road. FOTO AFP
AKSI Bowen (kanan) menanduk masuk gol pertama West Ham di Stadium Kenilworth Road. FOTO AFP
Reuters

Luton, England: West Ham United menang 2-1 di Luton Town hasil jaringan Jarrod Bowen dan Kurt Zouma dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Mads Andersen menjaringkan gol untuk Luton dalam masa tambahan menerusi tandukan yang gagal diselamatkan penjaga gol Alphonse Areola.

West Ham yang menjadi pasukan liga utama terakhir menewaskan Luton di tempat mereka pada 1992 kini menduduki tangga teratas EPL dengan 10 mata manakala skuad Rob Edwards Hatters masih memburu mata pertama.

"Permulaan menarik untuk saya dan pasukan. Kami sebenarnya berasa janggal selaku pendahulu carta dengan 10 mata dan bukan 12," kata Bowen kepada Sky Sports.

Lucas Paqueta mencipta bantuan untuk gol ketiga Bowen musim ini minit ke-37 selepas hantarannya disempurnakan menerusi tandukan yang gagal ditampan kemas penjaga gol Thomas Kaminski.

"Tandukan saya tepat ke sasaran. Jarang saya menjaringkan gol dengan cara itu," kata Bowen yang muncul pemain West Ham pertama sejak 1930 menggegar jaring lawan dalam tiga aksi pertama di tempat lawan.

Jaringan Zouma minit ke-85 juga hasil tandukan selepas menerima hantaran sepakan sudut James Ward-Prowse.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 7:22 AM