JERSI home (kiri) dan away bagi JDT musim ini. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS
JERSI home (kiri) dan away bagi JDT musim ini. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS
Rizar Mohd Noor

Iskandar Puteri: Juara Liga Super 10 musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menjalin kerjasama dengan pengeluar pakaian sukan antarabangsa, Nike selepas melancar jersi terbaharu untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025 dan saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di perkarangan Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Menurut kenyataan laman rasmi JDT, Johor Southern Tigers, jersi baharu itu menampilkan dengan dua rekaan yang tampak lebih eksklusif berwarna 'biru dan merah' sebagai identiti negeri Johor untuk jersi di gelanggang keramat SSI pada aksi liga nanti.

Manakala jersi berwarna putih untuk kit 'Away' dan yang pasti JDT sentiasa komited dalam menampilkan reka bentuk jersi baharu yang Istimewa khas buat penyokong Harimau Selatan yang sentiasa mendapatkan jersi asli.

"Jersi tuan rumah bagi musim ini terus mengekalkan warna tradisi bendera Johor iaitu merah dan biru. Ia tampil dengan warna biru sebagai warna utama, diselangi jalur berwarna merah di bahagian hadapan dan belakang, serta kolar bulat dan terdapat jalur merah di bahagian hujung lengan.

"Untuk jersi 'Away', JDT kekal dengan warna putih sebagai warna utama di samping terdapat jalur merah di bahagian lengan dan leher jersi.

"Kedua-dua jersi 'Home' & 'Away' ini berharga RM299 sehelai dan jersi khas untuk penyokong wanita turut dijual pada harga sama dengan saiz sehingga 3XL," kata kenyataan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 9:51 PM