PAUL Pogba. FOTO REUTERS
PAUL Pogba. FOTO REUTERS
Agensi

Turin: Juventus akan menamatkan kontrak Paul Pogba selepas pemain itu digantung empat tahun daripada bola sepak.

Bekas bintang Manchester United itu diuji positif bahan terlarang DHEA pada Ogos lalu.

Pogba, 30, tidak beraksi sejak September selepas dia digantung sementara.

Pejabat Pendakwaraya Anti-Doping kini mengenakan penggantungan empat tahun dan Pogba hanya boleh kembali bermain bola sepak pada 10 September 2027.

Disember tahun lalu media Itali melaporkan yang Juventus akan menamatkan kontrak Pogba sekiranya dia didapati bersalah.

Ada laporan mengatakan Pogba mungkin akan bersara terus daripada bola sepak sekiranya gagal dalam rayuan yang akan dibuat kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan di Lausanne, Switzerland.

Tempoh penggantungannya boleh dikurangkan sekiranya Pogba dapat membuktikan yang bahan berkenaan berada dalam sistem badannya secara tidak sengaja atau berlaku pencemaran.

Pogba hanya bermain 12 kali untuk Juventus sejak kembali ke kelab selepas enam tahun bersama Manchester United.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 11:55 AM