Pemain Chelsea  Raheem Sterling menjaringkan gol pertama perlawanan membabitkan City menentang Chelsea awal pagi tadi.
Pemain Chelsea Raheem Sterling menjaringkan gol pertama perlawanan membabitkan City menentang Chelsea awal pagi tadi.
AFP

Manchester: Keputusan Manchester City seri 1-1 menentang Chelsea awal pagi tadi membuatkan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool dan Arsenal tersenyum lebar.

Gol penyamaan lewat permainan daripada Rodri juga setakat ini melebarkan rekod setahun Manchester City tidak kalah di halaman sendiri.

Raheem Sterling terlebih dahulu membuka akaun gol buat Chelsea tiga minit sebelum rehat sekembalinya ke Etihad dan City berada di ambang kekalahan pertama di gelanggang sendiri bagi 34 perlawanan hinggalah Rodri meledak gol penyamaan yang tertampan pemain lawan tujuh minit sebelum tamat.

City kini empat mata di belakang pendahulu Liverpool dan dua di belakang Arsenal tetapi beraksi kurang satu perlawanan berbanding pencabar kejuaraan mereka.

Kemenangan 3-1 dalam Liga Juara-Juara di Copenhagen pada pertengahan minggu adalah kemenangan ke-11 berturut-turut City dalam semua pertandingan ketika mereka berusaha untuk mempertahankan tiga kejuaraan - EPL, Liga Juara-Juara dan Piala FA yang dimenangi mereka musim lalu.

City hanya tidak dibolosi dalam tujuh daripada 24 perlawanan EPL musim ini.

"Saya fikir kami tidak hebat pada babak pertama. Kami melepaskan satu lagi gol mudah. Saya fikir kami perlu bertahan dengan lebih baik," kata Rodri.

"Kami sedar mengenai serangan balas pantas mereka dan pemain yang laju, tetapi kami perlu bertahan susulan serangan balas dengan lebih baik. Dari situ, sering kali lebih sukar untuk bangkit."

Anak buah Mauricio Pochettino sering kali mempamerkan persembahan terbaik bagi cabaran terbesar dalam musim yang sukar buat The Blues.

Chelsea meraih mata daripada semua tiga pencabar kejuaraan di laman sendiri awal musim ini dan akhirnya menghasilkan persembahan serangan balas di laman lawan yang memberikan Pochettino harapan menjelang final Piala Liga menentang Liverpool hujung minggu depan.

"Saya berasakan pemain yakin," kata pemain tengah Chelsea, Conor Gallagher.

"Kami mempunyai beberapa persembahan bagus dan kemudian hari ini menentang pasukan ternama. Saya berasakan kami akan menghadapi perlawanan berikutnya dengan keyakinan yang lebih dan kami teruja mengenainya."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 8:24 AM