GUARDIOLA buru kemenangan ke atas Everton. -FOTO AFP
GUARDIOLA buru kemenangan ke atas Everton. -FOTO AFP
AFP

London: Pep Guardiola berkata Manchester City tidak boleh mengambil mudah apabila turun berdepan Everton kerana mereka kini berusaha untuk kembali ke puncak Liga Perdana walaupun rekod tidak menyebelahi mereka ketika menentang The Toffees baru-baru ini.

Anak buah Guardiola yang memburu kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan, sudahpun memenangi 11 dan seri dua daripada 13 perlawanan liga terakhir mereka menentang Everton yang kali terakhir menang pada 2017.

Everton hanya meraih satu kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan sedang bergelut di zon penyingkiran.

Tetapi Guardiola masih tidak dapat melupakan kekecewaan apabila mereka seri 1-1 dengan Everton musim lalu dan menggesa pemainnya supaya tidak melepaskan peluang malam ini.

"Esok kami bangun dan pergi terus bermain bola sepak pada jadi kami perlu bersedia," katanya.

"Sejak tiba, keputusan sentiasa memihak kepada Everton di sini. Saya tidak tahu mengapa, mungkin kerana mereka baik. Jadi kita kena bersedia.

"Mudah-mudahan ia akan berjalan lancar, tetapi musim lalu kami tidak boleh menang."

Kemenangan untuk City akan mengangkat mereka di atas Liverpool ke puncak carta, sekurang-kurangnya buat sementara waktu, dengan anak buah Jurgen Klopp melayan Burnley awal pagi esok.

Everton tidak menang dalam Liga Perdana sejak Disember dan kini berjuang untuk mengelak penyingkiran selepas ditolak 10 mata kerana melanggar peraturan kewangan.

The Toffees dilanda satu lagi pertuduhan kewangan yang mungkin menyaksikan hukuman lagi, menyebabkan bos Sean Dyche mempersoalkan kenapa kes kelabnya ditangani dengan lebih cepat berbanding City.

City didakwa dengan 115 pelanggaran peraturan kewangan EPL 12 bulan lalu namun kes mereka masih belum didengari

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Februari 2024 @ 8:12 AM