PEP Guardiola - FOTO AFP
PEP Guardiola - FOTO AFP
AFP

Manchester, United Kingdom: Pep Guardiola berkata Manchester City sebahagian besarnya mencapai sasarannya pada separuh pertama musim ini walaupun gagal mencapai prestasi terbaik mereka seperti sebelumnya.

Kemenangan 2-0 ke atas Sheffield United pada awal pagi tadi merapatkan jurang dua mata dengan pasukan tangga teratas Liga Perdana.

City juga menjulang Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab buat kali pertama dalam sejarah kelab, tetapi tewas pada saingan Perisai Komuniti kepada Arsenal menerusi sepakan penalti.

"Saya rasa pada awal musim, layak ke Liga Juara-Juara (peringkat kalah mati), tiga trofi - kami menang hanya dua dan dalam Liga Perdana, kami sudah berada di sana," kata Guardiola.

Namun sebelum berlepas ke Arab Saudi untuk Piala Dunia Kelab awal bulan ini, anak buah Guardiola hanya memenangi satu daripada enam perlawanan Liga Perdana sebelum ini.

"Saya merasakan kami boleh memperoleh lebih banyak mata dengan cara kami bermain," tambah Guardiola.

"Kedudukan yang kami sekarang lebih daripada baik. Kami akan kalah dalam perlawanan, mereka akan kalah dalam perlawanan. Kami cuba untuk tidak kalah."

City memenangi lima trofi kesemuanya pada 2023 apabila mereka meraih treble Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA musim lalu.

Sebelum sepak mula di Etihad, semua lima piala dipamerkan dan Guardiola dapat mengingati mengingati kejayaan yang dilakar.

"Kami melihat lima trofi hari ini. Ia sangat bagus. Kami sangat berpuas hati, sangat bangga," kata bekas bos Barcelona dan Bayern Munich itu.

"Kini trofi itu berada di dalam kabinet, Huddersfield (dalam Piala FA) seterusnya."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2023 @ 10:03 AM