FAISAL Halim menjaringkan gol kemenangan Harimau Malaya. FOTO ASWADI ALIAS
FAISAL Halim menjaringkan gol kemenangan Harimau Malaya. FOTO ASWADI ALIAS
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Pengendali Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic akui cukup marah dengan keputusan malam ini selepas anak buahnya tumbang 3-4 kepada skuad Harimau Malaya dalam aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Katanya, beliau kecewa dengan kegagalan pemainnya mengekalkan kelebihan tiga gol selepas mendahului lawan.

Malah katanya, kesilapan individu pemainnya turut menyumbang kepada kekalahan ini di mana tuan rumah bangkit untuk meledak empat gol.

"Agak sukar bagi saya pada perlawanan malam ini. Saya boleh katakan saya amat marah dengan keputusan ini.

"Kami mendahkui tiga gol dan mencipta peluang untuk menang. Tapi kesilapan pertahanan kami menyebabkan kami melepaskak empat gol.

"Kami gagal pertahan tiga gol dan kami juga tidak dapat meraih sebarang mata," katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Empat gol skuad negara diraih menerusi dua gol tandukan Dion Cools masing-maisng di minit ketujuh dan 77 sebelum dua lagi hasil jaringan sendiri Khristiin Brauzman (m-71) dan Faisal Halim (m-93).

Manakala tiga gol Kyrgyzstan menerusi Zhyrgalbek Kairat (m-41), Batyrkanov Erniest (m-44) dan Merk Kai (m-57).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2023 @ 11:48 PM