BAPA Luis Diaz, Luis Manuel Diaz ketika menceritakan pengalamannya diculik pada sidang akhbar di kediamannya di Barrancas, Colombia semalam. FOTO AFP
BAPA Luis Diaz, Luis Manuel Diaz ketika menceritakan pengalamannya diculik pada sidang akhbar di kediamannya di Barrancas, Colombia semalam. FOTO AFP
Reuters

Bogota: Pengalaman diculik hampir dua minggu sememangnya sukar dan memenatkan apabila terpaksa berkuda merentasi kawasan pergunungan, luah bapa pemain Liverpool, Luis Diaz kepada pemberita.

Dia yang pertama kali menemui pemberita selepas dibebaskan oleh kumpulan berhaluan kiri National Liberation Army (ELN) pada Khamis lalu, berkongsi detik hitam dialaminya selepas diculik pada 28 Oktober lalu di Barrancas.

"Impian saya adalah untuk terus tinggal di bandar ini kerana saya mempunyai seluruh keluarga di sini," kata Diaz pada satu sidang akhbar.

"Kerajaan memberikan saya sokongan yang amat kuat dan hebat. Saya yakin dan percaya keselamatan saya terjamin untuk terus tinggal menetap di Barrancas."

Diaz menceritakan pengalamannya diculik kepada wartawan semalam, yang mana penculik menasihatinya supaya bertenang, katanya.

"Terlalu banyak menunggang kuda yang memenatkan, terlalu banyak gunung dilalui, hujan. Sekalipun layanan bagus, saya tetap tidak berasa selesa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2023 @ 9:34 AM