HAMPIR tiga perempat daripada kelab EPL (14) membelanjakan lebih banyak musim panas ini. FOTO Agensi
HAMPIR tiga perempat daripada kelab EPL (14) membelanjakan lebih banyak musim panas ini. FOTO Agensi
Reuters

London: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mencatat rekod pembelian pemain baharu sebanyak £2.36 bilion (RM13.1 bilion) dalam jendela perpindahan yang ditutup pagi tadi, menurut analisis dari Deloitte.

Jendela perpindahan, yang dibuka dari 14 Jun hingga 1 September, melebihi rekod tahun lalu £1.92 bilion (RM11.2 bilion), dengan kelab-kelab utama membelanjakan £255 juta (RM1.4 bilion) pada hari tarikh akhir.

Kelab EPL bertanggungjawab untuk 48% daripada perbelanjaan di lima liga teratas Eropah termasuk LaLiga (Sepanyol), Serie A (Itali), Bundesliga (Jerman) dan Ligue 1 (Perancis).

"Rekod perbelanjaan musim panas kedua berturut-turut oleh kelab EPL menunjukkan bahawa pertumbuhan hasil tahun ke tahun berlaku selepas berakhirnya pandemik," kata Tim Bridge, rakan kongsi utama dalam Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte, dalam satu kenyataan.

"Hampir tiga perempat daripada kelab EPL (14) membelanjakan lebih banyak musim panas ini daripada yang lalu, mencerminkan peningkatan intensiti persaingan.

Chelsea membelanjakan lebih daripada AS$1 bilion (RM4.6 bilion) dalam perpindahan sejak pemilikan baharu yang diketuai oleh pemilik Amerika Syarikat, Todd Boehly dan Clearlake Capital sejak Mei 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 7:56 PM