DOKU ledak 12 gol dalam saingan Ligue 1.
DOKU ledak 12 gol dalam saingan Ligue 1.
Agensi

London: Manchester City bersetuju menandatangani pemain sayap Belgium Jeremy Doku dari Rennes dengan perjanjian bernilai £55.4 juta (RM327.64 juta).

Pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan 12 gol dalam 92 penampilan untuk skuad Ligue 1 terbabit.

Doku bakal menjadi pemain utama ketiga ditandatangani City pada musim panas selepas Mateo Kovacic dari Chelsea dengan harga £25 juta (RM147.87 juta) dan Josko Gvardiol dari RB Leipzig yang bernilai £77 juta (RM455 juta).

Dia dijangka berlepas ke Manchester hari ini untuk menjalani ujian perubatan sebelum perpindahan itu dilengkapkan.

West Ham, Tottenham and Chelsea turut dilaporkan berminat menandatangani Doku.

Ketika City membeli beberapa pemain baharu, Riyad Mahrez berpindah ke Liga Pro Saudi untuk menyertai Al Ahli dan bekas kapten Ilkay Gundogan berpindah ke Barcelona.

City turut menerima tawaran Al-Nassr yang berminat mendapatkan pertahanan Sepanyol Aymeric Laporte dan pertahanan Portugal Joao Cancelo pula semakin hampir menyertai Barcelona.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2023 @ 10:06 PM