MILNER antara pemain yang meninggalkan Liverpool. FOTO Agensi
MILNER antara pemain yang meninggalkan Liverpool. FOTO Agensi
Agensi

London: Liverpool mengesahkan nama 11 pemain yang akan meninggalkan kelab itu secara percuma pada musim panas ini.

Jurgen Klopp sedang berusaha untuk membentuk semula pasukan The Reds selepas menduduki tangga kelima di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, dengan Alexis Mac Allister tiba dari Brighton pada harga £35 juta (RM207.4 juta).

Bagaimanapun beberapa pemain dalam pasukan utama yang sebelum ini mendapat kepercayaan Klopp, termasuk ketika membantu menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2019, akan meninggalkan kelab itu.

Salah seorang pemain yang akan meninggalkan kelab itu secara percuma ialah pemain tengah berpengalaman yang sudah beraksi sebanyak 857 kali sepanjang kariernya.

Antara pemain berstatus lain ialah penyerang Brazil yang sudah memenangi tujuh trofi sejak menyertai kelab itu dari Hoffenheim pada 2015.

James Milner, Roberto Firmino; pemain tengah, Naby Keita dan bekas bintang Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain bersedia untuk meninggalkan Liverpool musim panas ini, sekali gus menamatkan tempoh jangka panjang mereka di Anfield.

Milner sudah beraksi selama lapan musim di Liverpool dengan bermain 332 kali, manakala Firmino 362 penampilan.

Keita beraksi 129 kali selepas lima musim sejak menyertai Liverpool dari Leipzig, manakala Oxlade-Chamberlain bergelut dengan kecederaan namun masih berjaya beraksi sebanyak 146 perlawanan.

Nama selebihnya yang akan meninggalkan kelab itu adalah Jack Bearne, Liam Hughes, Charlie Hayes-Green, Oscar Kelly, Fidel O'Rourke, Oludare Olunfunwa dan Iwan Roberts.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2023 @ 7:48 PM