MILNER mungkin meninggalkan Anfield pada musim panas ini.
MILNER mungkin meninggalkan Anfield pada musim panas ini.
Agensi

Kuala Lumpur: Liverpool dijangka melepaskan 13 pemainnya pada musim panas ini, menurut laporan semalam.

The Reds berdepan musim sukar yang mungkin menyaksikan mereka terlepas kelompok empat teratas.

The Daily Express meramalkan pengurus Jurgen Klopp bakal menjual beberapa pemain untuk mendapatkan dana diperlukan bagi membantu memperkuatkan pasukan terutamanya jika kelab Merseyside itu terlepas tiket Liga Juara-Juara.

Liverpool mungkin memulakan dengan membebaskan beberapa pemain yang kontraknya berakhir Jun ini

Adrian, Naby Keita, Alex Oxlade-Chamberlain dan Roberto Firmino kesemuanya boleh meninggalkan Anfield.

Arthur mungkin kembali ke Juventus susulan tempoh pinjaman yang mengecewakan di Anfield manakala Caoimhen Kelleher, Sepp van den Berg, Rhys Williams dan Nat Phillips turut menjadi sasaran selepas gagal mendapatkan tempat dalam skuad utama.

Joel Matip pula bergelut dengan kecergasan sejak 18 bulan lalu dan perlu memberi laluan jika Klopp mahu memperkasakan pertahanan tengah.

Nasib sama juga menimpa Kostas Tsimikas walaupun pertahanan kiri itu menjalankan tugas dengan baik ketika ketiadaan Andy Robertson.

James Milner dan Joe Gomez membantu Liverpool menepati kriteria untuk pemain tempatan di Liga Perdana (EPL) dan skuad Eropah tetapi kedua-duanya mungkin ditunjuk keluar terutamanya Milner yang kontrak berakhir pada Jun.

Liverpool kini menduduki tangga kelapan EPL dengan 12 mata yang memisahkan mereka dengan pasukan di tangga keempat.

The Reds berdepan saingan sengit untuk kelayakan Liga Juara-Juara dengan Newcastle dan Manchester United kini antara pencabar utama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2023 @ 2:37 PM