AFP

Istanbul: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, gelaran sulung Liga Juara-Juara pasukannya "ditulis di bintang" selepas kemenangan mereka ke atas Inter Milan awal pagi tadi.

Gol pada minit ke-68 Rodri sudah cukup untuk City akhirnya meraih trofi terbesar kelab bola sepak, menewaskan Inter Milan 1-0 walaupun terpaksa mengharapkan nasib apabila Inter terlepas beberapa peluang pada separuh masa kedua.

"Sangat sukar untuk memenanginya," kata Guardiola selepas kemenangan 1-0 yang mendebarkan itu.

"Mereka (pemainnya) memang bagus. Sabar, saya berkata pada separuh masa. Anda mesti bertuah. (Penjaga gol) Ederson atau mereka terlepas, mereka boleh seri. Pertandingan ini adalah syiling.

"Ia ditulis di bintang. Ia milik kita."

Guardiola kini akhirnya memenangi trofi itu buat kali ketiga kali selepas kejayaannya sebelum ini bersama Barcelona pada 2009 dan 2011.

Treble City itu hadir selepas kejayaan mereka menjulang Liga Perdana dan Piala FA musim ini.

"Selepas Piala Dunia pasukan mengorak langkah ke hadapan dan kami berada di sana," tambah Guardiola.

"Kami akan meraikannya di hotel bersama keluarga dan rakan-rakan. Isnin perarakan di Manchester. Dalam pertandingan ini, treble sangat sukar."

City terlepas peluang menjulang Liga Juara-Juara beberapa kali sejak diambil alih oleh penyokong Abu Dhabi mereka pada 2008, termasuk kekalahan kepada Chelsea pada final dua tahun lalu.

Guardiola menjadi jurulatih kedua yang mengetuai sebuah kelab Inggeris untuk meraih treble mengikut jejak Alex Ferguson.

"Adalah satu penghormatan bagi saya untuk bersama Sir Alex Ferguson dalam situasi itu," katanya.

"Saya perlu katakan saya mendapat mesej daripadanya pagi ini melalui telefon saya yang sangat menyentuh hati saya. Ia satu penghormatan untuk saya bersamanya. Ia sangat bagus."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2023 @ 7:35 AM
JOHN Stones meraikan kejayaan City bersama trofi Liga Juara-Juara. -FOTO Reuters
JOHN Stones meraikan kejayaan City bersama trofi Liga Juara-Juara. -FOTO Reuters
HAALAND bersama penyokong City selepas mereka menjuarai Liga Juara-Juara menewaskan Inter Milan. -FOTO AFP
HAALAND bersama penyokong City selepas mereka menjuarai Liga Juara-Juara menewaskan Inter Milan. -FOTO AFP
CITY juara Liga Juara-Juara. -FOTO AFP
CITY juara Liga Juara-Juara. -FOTO AFP