GUARDIOLA berharap Haaland akan bersama pasukan terbang ke Abu Dhabi untuk persiapan kem musim panas. -FOTO AFP
GUARDIOLA berharap Haaland akan bersama pasukan terbang ke Abu Dhabi untuk persiapan kem musim panas. -FOTO AFP
AFP

London: Pep Guardiola mendedahkan penyerang Manchester City yang cedera, Erling Haaland akan diketepikan sehingga akhir Januari.

Haaland kini sudahpun terlepas lapan perlawanan terakhir City kerana kecederaan kaki yang dialami pada awal Disember memberi tamparan hebat kepada pasukan itu dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana.

Guardiola berharap dapat menggunakan kembali khidmat pemain berusia 23 tahun itu pada awal tahun baharu, namun ia tidak seperti yang dijangkakan.

Haaland belum kembali menjalani latihan penuh dan itu membimbangkan City.

Guardiola berharap bintang Norway itu dapat menjalani proses pemilihan lebih cepat apabila City terbang ke Abu Dhabi untuk kem latihan musim panas selepas perlawanan Liga Perdana Sabtu ini di Newcastle.

"Ya, ada sedikit masalah mengganggu di kakinya. Tidak apa-apa tetapi doktor memutuskan untuk dia berehat lagi selama seminggu dan mungkin memulakan semula aksinya di Abu Dhabi," kata Guardiola.

"Mudah-mudahan hujung bulan ini dia akan bersedia. Ia lebih sedikit daripada yang kita jangkakan pada mulanya.

"Ia membabitkan tulang. Memerlukan masa. Dengan setiap kecederaan anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu tetapi ia adalah soal masa."​

Haaland menjaringkan 52 gol musim lalu semasa kempen pertama memenangi treble bersama City, sudahpun menjaringkan 19 gol musim ini.

Guardiola mengakui kuasa kehadirannya amat dirindui ketika City kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Liverpool.

"Kami sangat merindui Erling," kata pemain Pengendali itu. "Kami perlukan dia. Semoga dia boleh kembali dan bermain empat atau lima bulan lagi tanpa sebarang masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2024 @ 9:19 AM