FIRMINO tidak lagi menjadi pilihan utama di Liverpool. FOTO AFP
FIRMINO tidak lagi menjadi pilihan utama di Liverpool. FOTO AFP
Agensi

Liverpool: Roberto Firmino bersetuju untuk menyertai Barcelona selepas kontraknya bersama Liverpool berakhir, Jun ini.

Ia sekali gus menyaksikan pengakhiran kepada kariernya selama lapan tahun bersama The Reds selepas dia kini tidak lagi menjadi pemain utama dalam skuad berkenaan.

Dia menjulang Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA, Piala Liga dan Piala Dunia Kelab sejak berhijrah dari Hoffenheim pada 2015.

Jurgen Klopp mengakui dia mahu pemain berusia 31 itu kekal di England namun Firmino sudah membuat keputusan untuk mencuba cabaran baharu.

Dia mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa diketepikan untuk tiga aksi seterusnya namun Klopp berharap dia dapat kembali sebelum hujung musim.

Pemain baharu, Darwin Nunez dan Cody Gakpo yang ditandatangani daripada Benfica dan PSV, menyebabkan Firmino gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Pemain yang menjadi kegemaran peminat itu meledak 109 gol dalam 360 penampilan bersama Liverpool.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2023 @ 5:15 PM