Tuchel melangkah keluar padang selepas Bayern tewas kepada City dengan agregat 4-1. FOTO AFP
Tuchel melangkah keluar padang selepas Bayern tewas kepada City dengan agregat 4-1. FOTO AFP
AFP

Munich, Jerman: Jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel menegaskan tiada 'tiada perbezaan' antara pasukannya dengan Manchester City biarpun kelab Inggeris itu melakar kemenangan selesa di suku akhir Liga Juara-Juara.

Skuad kendalian Pep Guardiola mara ke separuh akhir dengan kemenangan agregat 4-1 susulan kemenangan 3-0 pada perlawanan pertama minggu lalu dan keputusan seri 1-1 di Allianz Arena.

"Tiada perbezaan dalam pertembungan ini. Ia kelihatan terhasil dari satu keputusan, tetapi ia sebenarnya perbezaan keyakinan diri dan prestasi," kata Tuchel.

"Kami benarkan (City) lakukan, kami dihukum dengan kejam."

Tuchel mengambil alih tugas daripada Julian Nagelsmann yang dipecat sebagai pengendali Bayern awal bulan ini, walaupun Bayern mempunyai rekod sempurna dalam Liga Juara-Juara musim ini.

"Kami menentang pasukan terbaik di Eropah hari ini, pasukan paling berprestasi di Eropah," kata bekas jurulatih Borussia Dortmund dan Chelsea itu.

"Kami bermain pada tahap yang sama dalam mana-mana perlawanan tetapi kami tidak mempunyai nasib yang baik."

Bayern mempunyai lebih banyak penguasaan bola berbanding City dalam kedua-dua perlawanan dan mencipta beberapa peluang, tetapi hanya menjaringkan satu gol saguhati lewat menerusi sepakan penalti Joshua Kimmich pada perlawanan kedua.

Walaupun terlepas sepakan penalti, penyerang Erling Haaland menjaringkan dua gol dan mencipta satu daripada empat gol City dalam kedua-dua perlawanan.

"Untuk menewaskan pasukan terbaik, bukan hanya perlu mengkaji tentang mereka tetapi untuk menewaskan mereka anda bukan sahaja perlu menggunakan 100 peratus peluang anda, tetapi anda memerlukan tuah, keputusan untuk mengikut cara anda dan mungkin juga sokongan," tambah jurulatih Bayern itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2023 @ 8:39 AM