Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Pembantu Jurulatih dan penganalisis video pasukan Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas berkongsi pengalaman puasa sebagai saudara baru, tahun ini.

Pol atau nama Islamnya, Abu Bakar berkata, dia gemar memilih Roti Tibab sebagai juadah berbuka di Kelantan berbanding hidangan lain.

Katanya,kebanyakkan menu yang disediakan adalah manis dan menu roti titab dan nasi dagang antara pilihannya.

"Sebelum ini saya dah biasa dengan berpuasa secara 'Intermittent fasting' untuk kesihatan namun kali pertama berpuasa kerana ibadah dan tempoh lebih lama.

"Apapun saya rasa sangat baik dan mengajar diri untuk bersabar," katanya ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa bersama pasukan The Red Warriors Kelantan FC sempena majlis Memeterai Rakan Strategik TRW bersama Sani Ekspress Sdn Bhd sebagai penaja pengangkutan rasmi TRW musim 2023 di Kota Seribong, Kota Bharu.

Abu Bakar berkata, selain berpuasa dia juga belajar bangun sahur dan bersolat tarawih. Dia yang bersama TRW sejak musim 2021 berkata, dia juga tidak mempunyai masalah bertugas di bulan Ramadan kerana mempunyai jadual khas yang sudah disusun.

Katanya, selain pemilik TRW, Norizam Tukiman, dia banyak menimba ilmu agama di bawah bimbingan Hidayah Centre.

Terdahulu, Pol atau Abu Bakar melafaz syahadah pada 8 Februari lalu disaksikan Norizam di Hotel Zambuger Kota Warisan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2023 @ 2:16 PM
POL Corpas Cuatrecasas atau Abu Bakar tidak kekok berpuas kali pertama selepas memeluk Islam, Februari lalu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
POL Corpas Cuatrecasas atau Abu Bakar tidak kekok berpuas kali pertama selepas memeluk Islam, Februari lalu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar