KLOPP mahu pemainnya kekal konsisten meraih kemenangan.
KLOPP mahu pemainnya kekal konsisten meraih kemenangan.
AFP

Manchester: Manchester United bertekad menambah duka Liverpool di Anfield manakala Arsenal mahu terus menjarakkan kedudukan dengan Manchester City dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) malam esok.

Gunners menjadi pasukan pilihan mengatasi Bournemouth di Emirates manakala City berdepan Newcastle yang berharap dapat menebus kekecewaan pada final Piala Liga Ahad lalu.

Tottenham pula perlu bangkit selepas tersingkir daripada Piala FA bagi mengekalkan kelebihan ke atas Newcastle dan Liverpool dalam misi memburu kelompok empat teratas.

Liverpool memenangi kedua-dua aksi EPL menentang musuh tradisi United dengan agregat 9-0 musim lalu tetapi nasib kedua-dua pasukan mengalami perubahan drastik sejak 12 bulan terakhir.

Masih segar selepas menjuarai Piala Liga, United yang hanya tewas sekali dalam 22 perlawanan membolehkan mereka terus memburu impian meraih empat trofi musim in.

Namun dengan jurang 11 mata di belakang pendahulu Arsenal, skuad Erik Ten Hag perlu mencari kemenangan pertama di Anfield sejak 2016 bagi meneruskan persaingan memburu gelaran dalam perlawanan awal pagi Isnin.

Liverpool yang tewas di Old Trafford awal bulan ini amat memerlukan mata untuk menempatkan mereka dalam kelompok empat teratas dan berjaya meraih sepuluh mata daripada empat aksi terakhir liga.

Tetapi dalam tempoh itu, kelemahan pertahanan The Reds terserlah ketika tewas 2-5 kepada Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara di tempat sendiri dan pengendalinya, Juergen Klopp sedar akan ancaman jentera serangan United.

"Saya fikir Man United berada di kemuncak prestasi ketika ini, mungkin juga Arsenal and City tapi pada masa sama kami juga kembali mendapatkan keyakinan dan perlu kekalkan momentum kemenangan dalam saingan liga," kata Klopp semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2023 @ 12:13 PM