PAN-gon membuat lapan pertukaran. FOTO Bernama
PAN-gon membuat lapan pertukaran. FOTO Bernama
Zulfaizan Mansor


Hanoi: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon melakukan perubahan besar dalam senarai kesebelasan utama untuk berdepan Vietnam dalam saingan Piala AFF 2022 di Staduim My Dinh, malam ini.

Perubahan itu menyaksikan Pan-gon membuat lapan pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding ketika aksi kedua Kumpulan B berdepan Laos di Stadum Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Lapan pertukaran itu termasuk di posisi penjaga gol yang mana Ahmad Syihan Hazmi kembali dalam kesebelasan utama selepas Rahadiazli Rahalim memikul tugas itu ketika menentang Laos.

Kapten Safawi Rasid pula tidak tersenarai dalam kesebelasan utama untuk berdepan Vietnam kali ini yang menyaksikan tugas ketua pasukan dipikul Faisal Halim.

Darren Lok yang tidak diturunkan langsung ketika berdepan Laos tempoh hari pula menjadi penggempur utama Harimau Malaya berdepan Vietnam.

Tiga pemain tengah, Lee Tuck, Brendan Gan dan Stuart Wilkin yang masuk sebagai pemain gantian ketika berdepan Laos turut berada dalam skuad utama untuk perlawanan gertir malam ini.

Selain itu, antara pemain 'baharu' yang diletakkan dalam kesebelasan utama berdepan Vietnam adalah pemain pertahanan Azam Azmi Murad, V Ruventhiran dan Dominic Tan.

Senarai kesebelasan utama

Malaysia

Syihan Hazmi Mohamed (PG), Azam Azmi Murad, V Ruventhiran, Sharul Nazeem Zulpakar, Dominic Tan, Faisal Halim (K), Mukhairi Ajmal Mahadi, Lee Tuck, Stuart Wilkin, Brendan Gan, Darren Lok

Vietnam

Dang Van Lam (PG), Do Duy Manh, Que Ngoc Hai, Doan Van Hau, Do Hung Dung, Nguyen Van Toan, Ho Tan Tai, Nguyen Hoang Duc, Nguyen Thanh Chung, Phan Van Duc, Nguyen Tien Linh

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2022 @ 8:11 PM