PAN-gon ketika sesi latihan skuad negara semalam. FOTO FAM
PAN-gon ketika sesi latihan skuad negara semalam. FOTO FAM
Daripada Syafiq Aznan di Bangkok


Bangkok: Pengendali skuad negara, Kim Pan-gon melakukan empat pertukaran bagi aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 berdepan Thailand di Stadium Thammasat, malam ini.

Azam Azmi yang bebas daripada penggantungan dua perlawanan dipilih kembali bagi menggantikan Quentin Cheng sementara Fazly Mazlan menggantikan Ruventhiran.

Kelibat Safawi Rasid dan Lee Tuck juga tiada dalam kesebelasan utama kali ini dengan giliran diberikan kepada Nor Hakim Hassan dan Mukhairi Ajmal.

Posisi penjaga gawang kekal menjadi milik Ahmad Syihan Hazmi manakala Sharul Nazeem Zulpakar dan Dominic Tan terus mengemudi benteng pertahanan.

Stuart Wilkin, Faisal Halim, Darren Lok dan Brendan Gan turut membarisi kesebelasan utama bagi aksi malam ini.

Bagi Thailand pula, Alexandre Polking hanya melakukan satu pertukaran membabitkan penjaga gol apabila menurunkan Kampon Phatomakkakul kali ini.

Dia mengekalkan 10 pemain daripada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan Sasalak Haiprakhon, Theeraton Bunmathan, Pansa Hemviboon dan Suphanan Bureerat di bahagian pertahanan.

Tengah diterajui Sarach Yooyen, Peeradol Chamrasamee, Bordin Phala, Kritsada Kaman serta Ekanit Phaya.

Penjaring terbanyak Piala AFF 2022 setakat ini, Teerasil Dangda mengepalai jentera serangan skuad 'Gajah Perang' bagi aksi malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2023 @ 8:05 PM