SKUAD Harimau Malaya yang beraksi menentang Vietnam. -FOTO FAM
SKUAD Harimau Malaya yang beraksi menentang Vietnam. -FOTO FAM
Daripada Zulfaizan Mansor di Hanoi


Hanoi: Rekod bersih skuad bola sepak kebangsaan dalam dua perlawanan awal Piala AFF 2022 akhirnya lebur di tangan Vietnam selepas tewas 0-3 di Stadium My Dinh, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Harimau Malaya jatuh ke tangga kedua Kumpulan B selepas skuad Golden Star Warriors merampas kedudukan teratas menerusi kelebihan perebezaan jaringan walaupun dua pasukan itu berkongsi enam mata.

Berikut adalah rating aksi pemain Malaysia ketika berdepan Vietnam.

Syihan Hazmi Mohamed 6.5/10

Walaupun bolos tiga gol, namun persembahan Syihan dalam aksi itu tidak mengecewakan apabila dia berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya daripada pemain Vietnam.

Azam Azmi Murad 5.5/10

Azam boleh dikatakan beraksi dengan baik, tetapi insiden kad merah pada minit ke-52 dan penalti kontroversi menyebabkan dia tidak dapat beraksi sepenuh masa.

V Ruventhiran 5/10

Kurang menyerlah selepas diletakkan dalam kesebelasan utama yang menyaksikan dia terpaksa digantikan dengan Nor Hakim Hassan pada minit ke-46.

Sharul Nazeem Zulpakar 6.5/10

Beraksi dengan baik sepanjang perlawanan dan terpaksa bekerja keras mengekang asakan jentera serangan Vietnam sehingga dikeluarkan pada minit ke-80.

Dominic Tan 6/10

Berjaya membentuk gandingan baik bersama Sharul Nazeem dengan Vietnam hanya mendapat gol menerusi sepakan sudut dan penalti sebelum Dominic dikeluarkan.

Mukhairi Ajmal Mahadi 6.5/10

Menjadi antara pemain Harimau Malaya paling menyerlah dalam perlawanan itu dengan dia melakukan sekurang-kurangnya dua percubaan tepat yang mencemaskan pertahanan Vietnam. Namun dia dikeluarkan pada minit ke-58.

Lee Tuck 6.5/10

Mempamerkan corak permainan tenang di bahagian tengah walaupun terpaksa berdepan asakan keras pemain Vietnam.

Brendan Gan 7/10

Beraksi dengan baik dan melakukan beberapa hantaran tepat kepada rakan yang mana berjaya mencipta beberapa peluang buat Harimau Malaya. Dia juga turut membantu dibahagian pertahanan.

Stuart Wilkin 7/10

Mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Kim Pan Gon apabila beraksi penuh dalam perlawanan itu dan menyumbang kepada gerakan serangan Harimau Malaya.

Faisal Halim 6.5/10

Tidak seperti dalam perlawanan sebelum ini, Faisal tampak sedikit tenggelam dengan dia dlihat dikawal rapi oleh pertahanan Vietnam.

Darren Lok 6/10

Beraksi 80 minit, kesungguhan dan semangat tinggi dipamerkan Darren turut menyebabkan barisna pertahanan Vietnam perlu bekerja keras.

Nor Hakim Hassan 5.5/10

Pemain gantian terawal dimasukkan, namun Nor Hakim dilihat sedikit bergelut pada awal kemasukannya menggantikan Ruventhiran.

Safawi Rasid 5.5/10

Tidak banyak impak besar yang berjaya dilakukan Safawi selepas dimasukkan bagi menggantikan Mukhairi Ajmal.

Nur Shamie Iszuan Amin 5/10

Tugas berat terpaksa dipikul Nur Shamie apabila dia masukkan menggantikan Dominic yang mana ketika Vietnam sedang rancak menyerang selepas insiden penalti kontroversi.

Sergio Aguero 4.5/10

Aguero tidak mempunyai banyak masa untuk memberkan impak kepada pasukan selepas dia dimasukkan ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Fazly Mazlan 4.5/10

Masuk menggantikan Sharul Nazeem pada minit ke-80, namun malangnya benteng Harimau Malaya dibolosi kali ketiga hasil jaringan Nguyen Hoang Duc minit ke-83.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2022 @ 2:20 PM