MESSI (tengah) jaring tiga gol bawa Argentina ke Piala Dunia. -Foto AFP
MESSI (tengah) jaring tiga gol bawa Argentina ke Piala Dunia. -Foto AFP
AFP

BUENOS AIRES: Seluruh negara melonjak kegembiraan hari ini ketika Lionel Messi secara solo membawa Argentina ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan dengan meledak hatrik di Quito.

“Messi adalah E.T. Dia dari planet lain. Dia bukan dari dunia ini,” kata Marco Mouras, rakyat Brazil berusia 28 tahun di sebuah bar dekat Buenos Aires, ketika rakyat Argentina sedang bergembira sambil minum arak dan memakan pizza.

Messi memberikan dunia persembahan cukup hebat ketika menyelamatkan Argentina daripada malapetaka terlepas slot ke Russia 2018, dalam perlawanan yang wajib dimenangi dan mereka ketinggalan seawal minit pertama.

Suasana sunyi menyelubungi bar, restoran dan kediaman apabila pemain Ecuador, Romario Ibarra meledak pada minit pertama permainan, menyebabkan seluruh Argentina suram.

Argentina sudah menderita terlalu banyak ketika siri kelayakan dan perlawanan itu adalah peluang terakhir.

Namun Messi berjaya menjaringkan gol penyamaan dan tidak lama selepas itu, dia sekali lagi memberikan kelebihan buat Argentina.

“2-1 tidak cukup. Kami tidak boleh tenang,” kata Lautaro Gonzalez, 35.

Di sebelahnya ialah Maximiliano Lacasa yang mendakwa dia adalah penganut “Saint Messi. Terima kasih Tuhan kerana kami memilikinya.”

Penghormatan pada jersi miliknya dikembalikan kepada peminat apabila tonggak Barcelona ini melengkapkan hatrik pada babak kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 2:56 PM