GERRARD mungkin akan menjadi pengurus seterusnya yang dipecat sekiranya Villa terus gagal. -FOTO AP
GERRARD mungkin akan menjadi pengurus seterusnya yang dipecat sekiranya Villa terus gagal. -FOTO AP
Agensi

London: Jamie Carragher memberi amaran kepada Steven Gerrard untuk membawa keputusan yang lebih baik di Aston Villa atau dia mungkin akan menjadi salam seorang pengurus Liga Perdana yang seterusnya dipecat.

Carragher memaklumkan kepada Sky Sports bahawa Gerrard tidak boleh bergantung kepada Aston Villa yang gagal membuat banyak pembelian musim panas ini untuk mengelak dipecat berikutan permulaan yang mengecewakan di Liga Perdana.

Villa ketika ini hanya menang satu dari lima perlawanan pertama mereka.

Pasukan itu akan melayan kunjungan Manchester City di Villa Park esok dengan harapan untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Empat kekalahan daripada rekod perlawanan pembukaan mereka menjadikan Aston Villa ini berkedudukan tempat ke-19 mendahului Leicester City yang gagal meraih sebarang kemenangan.

Aston Villa juga hanya menjaringkan empat gol sepanjang lima perlawanan pertama mereka dan melepaskan sembilan gol.

Bournemouth menjadi pasukan Liga Perdana pertama musim ini yang memecat pengurus mereka Scott Parker Selasa lalu.

Skuadnya dikecam di Anfield ketika Liverpool menang 9-0 Sabtu lalu berikutan kekalahan 4-0 kepada Manchester City dan kekalahan 3-0 kepada Arsenal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2022 @ 10:34 AM