AKSI Ronaldo ketika menentang Liverpool di Old Trafford.
AKSI Ronaldo ketika menentang Liverpool di Old Trafford.
Agensi

London: Napoli kini dalam proses rundingan dengan ejen Jorge Mendes untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Kelab Itali itu dikaitkan dengan penyerang berusia 37 tahun terbabit pada awal musim panas ini tetapi bidaan tidak pernah dibuat dan Ronaldo terpaksa mencari kelab lain dalam usahanya beraksi di Liga Juara-Juara.

Bagaimanapaun, ejen Ronaldo Jorge Mendes tidak berputus asa dan kini sedang berunding dengan Napoli mengenai perpindahan pemain Portugal itu, menurut laporan Tuttosport.

Rundingan itu turut dilaporkan pakar perpindahan pemain, Gianluca Di Marzio yang menambah Mendes turut mencari kelab yang mahu menandatangani penyerang Napoli, Victor Osimhen bagi memudahkan perpindahan CR7.

United dilaporkan destinasi berrpotensi pemain Nigeria itu yang nilai perpindahannya boleh mencecah £86 juta (RM456 juta).

Ronaldo semakin terdesak untuk meninggalkan Old Trafford dengan jendela perpindahan musim panas semakin hampir tamat tempoh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2022 @ 9:56 PM