Juventus berminat untuk mendapatkan khidmat Suarez. FOTO REUTERS
Juventus berminat untuk mendapatkan khidmat Suarez. FOTO REUTERS
Agensi

JUVENTUS bersedia untuk melakukan perpindahan mengejutkan untuk mendapatkan Luis Suarez, menurut laporan media Itali.

Barcelona masih berharap dapat bersama semula bersama bekas bintang mereka, Neymar dan jika perpindahan itu berlaku, kelab Itali akan cuba mendapatkan Suarez, menurut dakwaan media terbabit.

Skuad Catalan itu begitu terdesak untuk mendapatkan Neymar dan bekerja keras untuk mendapatkan persetujuan pelepasan daripada Paris-Saint Germain (PSG).

Rundingan Juve dan Barca untuk potensi perpindahan penyerang Uruguay itu sedang berjalan, menurut TuttoSport.

Suarez, 31, yang kini penyerang utama di Nou Camp.

Menurut laporan itu lagi, ketibaan Neymar dan ketibaan Antoine Griezmann pada musim panas membuatkan bekas pemain Liverpool itu terpaksa bersaing untuk mendapatkan tempatnya.

Suarez dikeluarkan ketika Barca tewas pada perlawanan pembukaan La Liga menyaksikan kelabnya tewas kepada Atheltic Bilbao.

Ousmane Dembele juga diketepikan selama lima minggu akibat kecederaan hamstring dialami ketika beraksi pada perlawanan yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 2:59 PM