RONALDO (kanan) dan Maguire berada di dua tempat teratas kekerapan tweet kesat. FOTO Agensi
RONALDO (kanan) dan Maguire berada di dua tempat teratas kekerapan tweet kesat. FOTO Agensi
AFP

London: Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire menerima kecaman paling banyak di Twitter berbanding pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain.

Analisis oleh British Ofcom terhadap 2.3 juta tweet pada separuh pertama musim lalu menemui hampir 60,000 kata-kata kesat, dilemparkan ke atas tujuh daripada 10 pemain teratas.

Separuh daripada kecaman itu ditujukan kepada 12 individu dengan lapan daripadanya pemain United.

Twitter dipilih berdasarkan popularitinya dengan pemain, dan kerana ia menyediakan data untuk penyelidikan tetapi kajian itu tidak mengambil kira perlindungan yang ada.

Ofcom sedang bersedia untuk mengawal selia syarikat teknologi di bawah undang-undang Keselamatan Dalam Talian baharu yang bertujuan untuk melindungi pengguna.

"Penemuan ini memberi penerangan mengenai sisi gelap kepada permainan yang indah itu.

"Penderaan dalam talian tidak mempunyai tempat dalam sukan, mahupun dalam masyarakat yang lebih luas, dan menanganinya memerlukan usaha berpasukan," kata Pengarah Kumpulan Penyiaran dan Kandungan Dalam Talian Ofcom, Kevin Bakhurst.

Laporan itu mengenal pasti dua pemain berkenaan berada di dua tempat teratas kekerapan tweet kesat.

Yang pertama, ketika Ronaldo menyertai semula Manchester United pada 27 Ogos 2021, menjana tweet tiga kali lebih banyak daripada hari lain (188,769) di mana 3,961 daripadanya adalah tweet kesat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2022 @ 10:38 AM