IBRAHIMOVIC masih diperlukan Milan. FOTO Reuters
IBRAHIMOVIC masih diperlukan Milan. FOTO Reuters
AFP

Milan: Juara Eropah tujuh kali, AC Milan menyambung kontrak Zlatan Ibrahimovic untuk tempoh setahun lagi.

"AC Milan dengan sukacitanya mengumumkan pembaharuan kontrak Zlatan Ibrahimovic sehingga 30 Jun 2023. Penyerang Sweden itu akan terus memakai jersi nombor 11," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Ibrahimovic, yang berusia 41 tahun Oktober depan, menjalani pembedahan pada lutut kirinya Mei lalu yang berkemungkinan mengehadkan masa permainannya untuk baki 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2022 @ 9:40 PM