Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic. FOTO AFP
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic. FOTO AFP
Agensi

Milan: Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic akan terlepas aksi pembukaan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini di Liverpool kerana masalah kecederaan.

Ibrahimovic, yang akan menginjak usia 40 tahun pada bulan depan, melakukan jaringan selepas kembali daripada kecederaan ketika kemenangan saingan Serie A ke atas Lazio, semalam.

"Selepas perlawanan itu dia mempunyai kesakitan," kata jurulatih kelab Itali itu, Stefano Pioli.

"Kami berharap dia dapat beraksi tetapi dia masih mempunyai kesakitan jadi kami tidak mahu mengambil apa-apa risiko dengan menurunkannya."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 September 2021 @ 11:00 PM