Penyerang AC Milan dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic. FOTO Agensi
Penyerang AC Milan dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic. FOTO Agensi
AFP

Milan: Pemain kebangsaan Sweden, Zlatan Ibrahimovic memerlukan rawatan sekurang-kurangnya enam minggu selepas kecederaan lutut kiri yang mungkin menghalang beraksi di Euro 2020, umum kelabnya, AC Milan hari ini.

Ibrahimovic, 39, mengalami kecederaan lutut minggu lalu dan mendapatkan rawatan pakar perubatan pada Sabtu sebelum disarankan untuk mengikuti rawatan lanjut selama enam minggu.

Penyerang veteran itu, kembali ke negaranya Mac lalu hampir lima tahun selepas bersara daripada arena antarabangsa.

Sweden memulakan kempen Euro berdepan Sepanyol pada 14 Jun, sebelum berdepan Slovakia empat hari kemudian dan Poland pada 23 Jun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Mei 2021 @ 9:50 PM