IBRAHIMOVIC (tiga kiri) menjaringkan golnya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
IBRAHIMOVIC (tiga kiri) menjaringkan golnya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Milan: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan dua gol pada penampilan pertamanya bersama AC Milan selepas dua bulan untuk membantu menewaskan Cagliari 2-0 sekali gus kekal mendahului Serie A.

Ibrahimovic, 39, meraih gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-7 sebelum menambah gol kedua pada separuh masa kedua di Sardinia.

Milan yang mensasarkan untuk memenangi kejuaraan liga kali pertama sejak 2011, kini mempunyai kelebihan tiga mata berbanding Inter yang menewaskan juara bertahan, Juventus 2-0 di San Siro, semalam.

"Kemenangan ini membuktikan kami lebih baik berbanding Inter," kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.

"Kami semua mahu membawa Milan di kedudukan teratas semula. Pasukan akan melakukan segala-galanya sehingga penamat musim.

"Kini kami mempunyai perlawanan penting bertemu Atalanta (Sabtu). Kami akan fokus kepada perlawanan itu dan kemudian pada Mac serta April, sama-sama kita lihat di mana kedudukan kami."

Ibrahimovic membuktikan bahawa dia sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dengan Milan mahu menandatangani bekas penyerang Juventus dan Bayern Munich, Mario Mandzukic dalam usaha untuk memenangi kejuaraan liga.

Ibrahimovic setakat ini sudah menjaringkan 12 gol sepanjang lapan perlawanan termasuk lima daripadanya meledak dua gol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 7:29 AM