JESUS (dua dari kiri) ledakan gol bantu Arsenal tewaskan Everton. -FOTO Agensi
JESUS (dua dari kiri) ledakan gol bantu Arsenal tewaskan Everton. -FOTO Agensi
Agensi

Baltimore, Amerika Syarikat: Gabriel Jesus terus mengganas apabila meledak lagi untuk Arsenal seterusnya mengekalkan rekod bersih kemenangan dalam aksi pra-musim apabila menang 2-0 ke atas Everton di Baltimore.

Mikel Arteta memilih untuk menurunkan William Saliba dalam kesebelasan utama selepas dia mempersoalkan adakah dia akan disenaraikan dalam pilihan utama pengendali itu.

Dalam aksi di Stadium M&T Bank itu menyaksikan Jesus melakukan beberapa serangan awal namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol Everton Jordan Pickford.

Mereka berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-32 apabila Pickford yang mengeluarkan bola sepakan sudut namun sampai kepada Jesus untuk disempurnakan bekas pemain Manchester City itu.

Arsenal terus di depan menerusi Bukayo Saka yang menerima hantaran daripada Jesus.

Frank Lampard menukar kesebelasannya di babak kedua apabila memasukkan Anthony Gordon dan Alex Iwobi bersama James Tarkowski.

Arsenal pula menggantikan enam pemain termasuk Rob Holding dan Eddie Nketiah.

Everton tampil lebih bertenaga dan pemain pertahanan remaja, Stanley Mills, anak kepada bekas pemain England Danny, menampilkan aksi memberangsangkan.

Arsenal turut menampilkan pertahanan muda, Reuell Walters, 17, pada baki 20 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2022 @ 12:15 PM