STERLING kini bersama Chelsea. -FOTO Agensi
STERLING kini bersama Chelsea. -FOTO Agensi
Agensi

London: Chelsea bersetuju dengan perjanjian £50 juta (RM266.36 juta) untuk menandatangani Raheem Sterling dari Manchester City.

Pemain sayap England itu bersetuju dengan syarat peribadi sekitar £300 (RM1.59 juta ) minggu lalu dengan The Blues bersetuju dengan kontrak lima tahun serta pilihan tambahan 12 bulan lagi.

Sterling, 27, mempunyai baki setahun dalam kontrak bersama City, memilih meninggalkan Etihad dan akan menjadi salah satu dari tiga pemain yang berpendapatan tertinggi di Stamford Bridge.

Chelsea kini sedang menguruskan pemeriksaan perubatan ke atas bekas pemain Liverpool itu sebelum menandatangani perjanjian yang akan menelan kos permulaan £47.5 juta (RM253.06 juta) dengan tambahan £2.5 juta (RM13.31 juta) lagi.

Sterling sudahpun bercakap dengan bos barunya Thomas Tuchel dan menyatakan kekagumannya terhadap pengendali Jerman itu.

Selepas selesai urusan perubatannya Sterling boleh terbang ke Amerika Syarikat untuk menyertai rakan sepasukan baharunya dalam siri jelajah pramusim mereka.

Dengan menyertai Chelsea dia menamatkan hubungan tujuh tahun dengan Manchester City.

Sterling memeterai perjanjian £44 juta (RM234.41 juta) dari Liverpool pada musim panas 2015.

Dia membuat 339 penampilan untuk City, menjaringkan 131 gol dan menyumbang kepada banyak trofi kemenangan.

Semasa bersama kelab itu, Sterling memenangi empat kejuaraan Liga Perdana, empat Piala Liga dan Piala FA.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2022 @ 12:44 PM