JORDAN Henderson (kiri) cuba ditenangkan Klopp selepas Liverpool tewas kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara. -FOTO AFP
JORDAN Henderson (kiri) cuba ditenangkan Klopp selepas Liverpool tewas kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara. -FOTO AFP
Agensi

Paris: Jurgen Klopp mengakui bahawa barisan pemainnya kecewa selepas tewas kepada Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara awal pagi namun mengumumkan bahawa The Reds akan kembali lebih bersemangat selepas kekalahan tipis itu.

Klopp juga menegaskan bahawa tiket perlawanan akhir di Istanbul musim depan akan menjadi sasaran Liverpool sambil menyarankan penyokong pasukan itu bersedia untuk 'tempah tiket dan hotel.'

Kekalahan tipis 0-1 kepada Madrid di Stade de France menyaksikan Liverpool menamatkan musim ini dengan kejayaan menjulang trofi Piala FA dan Piala Liga selain berpeluang melakar sejarah merangkul empat trofi utama.

Manchester City berjaya menafikan peluang Liverpool untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dalam penentuan penuh dramatik yang hanya dapat ditentukan minggu lalu.

Anak buah Klopp gagal membolosi gawang Real yang dikawal ketat pemain terbaik perlawanan Thibaut Courtois.

Gol tunggal skuad kendalian Carlo Ancelotti dijaringkan Vinicius Junior pada minit ke-59.

"Mara ke final juga satu kejayaan, walaupun ia bukan kejayaan yang anda harapkan. Saya yakin kami akan kembali.

"Pemain-pemain amat berdaya saing dan mereka adalah kumpulan yang hebat - mereka akan mencubanya lagi musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2022 @ 11:18 AM