BENZEMA ledak gol ke-44 musim ini.
BENZEMA ledak gol ke-44 musim ini.
AFP

Madrid: Karim Benzema kini menyamai rekod bekas legenda Real Madrid Raul sebagai penjaring kedua terbanyak gergasi Sepanyol itu apabila menjaringkan gol ke-323 kelab itu ketika mereka membelasah membelasah Levante 6-0 awal pagi tadi.

Penyerang Perancis itu menanduk masuk gol kedua Real ketika aksi di Santiago Bernabeu sebelum melakarkan pencapaian itu.

Cristiano Ronaldo kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang bermain untuk Real Madrid dengan 451 jaringan gol.

Benzema menjaringkan 44 gol musim ini di bawah kendalian Carlo Ancelotti dan menamatkan saingan sebagai juara La Liga sebelum membawa Madrid mara ke final Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada 28 Mei ini di Paris.

Ferland Mendy membuka tirai jaringan untuk Madrid dan disusuli tandukan dari Benzema untuk gol kedua.

Levante jelas tidak keruan apabila Rodrygo meledak satu lagi gol sebelum Vinícius Junior menjaringkan hatriknya.

Kedudukan Levante kini dan bahaya dan berdepan penyingkiran dari saingan La Liga.

Keputusan lain menyaksikan Real Sociedad mengesahkan tempat bagi saingan Eropah musim depan dengan kemenangan 3-0 ke atas Cadiz dan Villarreal menundukkan Rayo Vallecano 5-1.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2022 @ 8:41 AM