ANCELOTTI dirai selepas Real Madrid berjaya menjulang gelaran La Liga. -FOTO AFP
ANCELOTTI dirai selepas Real Madrid berjaya menjulang gelaran La Liga. -FOTO AFP
AFP

Madrid: Ketika Real Madrid meraikan kejayaan mereka menjulang gelaran La Liga, Carlo Ancelotti sudahpun mengalih tumpuan ke arah separuh akhir kedua Liga Juara-Juara mentang Manchester City, esok.

Madrid menewaskan Espanyol 4-0 pada Sabtu lalu dan pemain diraikan di Plaza Cibeles dengan sebuah bas terbuka melintasi bandar meraikan kejayaan di patung pemain bersama penyokong dan trofi mereka.

"Sekarang hingga hari Rabu, kita boleh!" Ancelotti menjerit kepada penyokong membalas "si, se puede!", "ya kita boleh!"

Ramai yang mempersoalkan sama ada sambutan itu wajar atau tidak, memandangkan mereka tersepit dengan perlawanan penting menentang City, terutama selepas skuad Pep Guardiola kini memiliki kelebihan selepas mencatatkan kemenangan 4-3 mengatasi juara Sepanyol itu pada perlawanan pertama.

Namun Ancelotti tidak menolak bahawa sambutan berkenaan mampu untuk memberi aura positif dan tenaga yang diperlukan bukannya menghalang usaha Madrid untuk memburu satu lagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

"Sambutan itu baik dari aspek mental," kata Ancelotti.

"Kami profesional. Malam ini kami meraikan bersama-sama. Esok kami akan berlatih dan Rabu akan ada satu lagi perlawanan penting.

"Jika semasa meraihkan kejayaan itu, seseorang memotong kaki atau kami mereka, okey, tapi itu tidak akan berlaku."

Madrid melakukan rutin yang sama sebelum mereka sekali lagi mencetus kebangkitan sensasi menentang Paris Saint-Germain dalam kelompok 16 terbaik.

"Di Bernabeu tiada apa yang hilang. Saya tidak boleh jelaskan tapi ada keajaiban di Bernabeu yang akan membantu anda," kata Ancelotti selepas Madrid bangkit daripada ketinggalan 0-2 dan menang dengan agregat 3-2 ke atas PSG 3-2 dengan Karim Benzema meledakkan hatrik pada separuh masa kedua.

"Kami tak akan berputus asa," kata Luka Modric. "Stadium membantu kami pada kedudukan 3-0. Mereka terus menyokong kami dan memberi kami dorongan untuk terus percaya kami boleh mengubahnya dan kami melakukannya."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2022 @ 11:21 AM