PENYOKONG Liverpool bertepuk tangan tanda sokongan moral kepada Ronaldo di Anfield.
PENYOKONG Liverpool bertepuk tangan tanda sokongan moral kepada Ronaldo di Anfield.
AFP

Liverpool: Penyokong Liverpool mengetepikan permusuhan mereka dengan penyokong Manchester United apabila turut memberikan sokongan moral kepada Cristiano Ronaldo, sehari selepas bintang Portugal itu mendedahkan kematian bayinya yang baru lahir.

Penyokong kedua-dua pasukan berdiri dan bertepuk tangan pada minit ketujuh perlawanan yang merujuk kepada nombor jersi Ronaldo.

Penyokong Liverpool turut menyanyikan lagu keramat mereka "You'll never walk alone".

Ronaldo terlepas perlawanan itu untuk bersama keluarganya.

"Keluarga lebih penting daripada segalanya dan Ronaldo memberikan sokongan kepada insan tersayangnya dalam detik sukar ini," kata United dalam satu kenyataan awal.

"Oleh itu, kami mengesahkan dia tidak tampil menentang Liverpool di Anfield dam kami memahami situasi dihadapi Ronaldo."

Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez mendedahkan di media sosial pada Oktober lalu mereka menjangkakan kelahiran bayi kembar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 8:52 AM