ARTETA akui Arsenal perlu mengambil berat mengenai baki aksi liga. FOTO Reuters
ARTETA akui Arsenal perlu mengambil berat mengenai baki aksi liga. FOTO Reuters
AFP

London: Peluang Arsenal untuk menamatkan saingan di kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) terjejas selepas kalah 1-2 kepada Brighton.

Pemain Brighton, Enock Mwepu mencipta jaringan pembukaan untuk Leandro Trossad pada separuh masa pertama di Emirates sebelum dia sendiri meledak gol kedua pada minit ke-66.

Martin Odegaard merapatkan jurang pada minit ke-89 dengan rembatan jarak jauh namun usahanya tidak mampu untuk menghalang The Gunners daripada mencatat kekalahan ketiga dalam empat aksi terakhir liga.

Arsenal kekal di tangga kelima, kurang tiga mata di belakang Tottenham yang menumpaskan Aston Villa 4-0.

"Ia minggu yang memeritkan, terutama hari ini kerana kami mahu segera bangkit (selepas kalah kepada Crystal Palace).

"Kami menyukarkan diri kami sendiri. Kami tidak serius, kami tidak mempunyai tujuan untuk menyerang dan kami tidak mahu bermain ke hadapan.

"Terdapat banyak perlawanan untuk dimainkan tetapi kami perlu mengambil berat mengenai prestasi, terutamanya separuh masa pertama," kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Kemenangan Brighton itu membolehkan mereka melonjak ke tangga ke-11 liga,

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 8:48 AM