ARTETA semakin selesa di puncak liga. -FOTO Reuters
ARTETA semakin selesa di puncak liga. -FOTO Reuters
Agensi

London: Mikel Arteta berkata kemenangan 4-2 Arsenal ke atas Brighton membuktikan pendahulu Liga Perdana itu mempunyai 'keinginan' yang diperlukan dalam usaha mereka menjulang kejuaraan buat kali pertama sejak 2004.

Pasukan Arteta akan memasuki tahun baharu dengan kelebihan tujuh mata mengatasi Manchester City di tempat kedua selepas merakam kemenangan kelima liga berturut-turut.

Gol dari Bukayo Saka, Martin Odegaard dan Eddie Nketiah meletakkan Gunners di landasan kukuh dan menjadikan mereka sebagai pencabar utama kejuaraan.

"Ia adalah kemenangan besar menentang pasukan yang bagus. Kami berdepan situasi yang hebat, menyerang di ruangan dengan cara mereka mahukan. Kami kejam dan klinikal," kata Arteta.

"Kami mempunyai detik yang hebat dan juga detik yang sukar. Anda menjangkakan itu apabila menentang Brighton."

Selepas mensia-sia peluang keemasan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim lalu, Arsenal mendapati diri mereka kini berada di landasan yang tepat.

Pengendali Gunners itu melakukan kerja mengagumkan untuk menghidupkan kembali pasukannya, mencetuskan impian di kalangan peminat mereka untuk memenangi gelaran Inggeris pertama sejak Arsene Wenger.

"Anda tidak boleh menjangkakan mereka melepaskan bola dengan cara mereka bermain.

"Ia satu ujian besar untuk kami tapi kami boleh menang dua kali berturut-turut selepas rehat, sekarang dan seterusnya," kata Arteta.

"Saya rasa kami mempunyai keinginan yang mencukupi. Kami tahu keputusan yang lain tapi kami tahu akan kejayaan kami bermula dari apa yang kami lakukan.

"Inilah yang kami mahu teruskan untuk meningkatkan sebagai satu pasukan. Mendominasi semua kawasan seperti hari ini. Kami menderita tapi kami tunjukkan kami boleh mengawal permainan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 10:56 AM