RIAK wajah klopp yang tak puas hati dengan cara pemain pertahankan kelebihan dua gol. -FOTO EPA
RIAK wajah klopp yang tak puas hati dengan cara pemain pertahankan kelebihan dua gol. -FOTO EPA
AFP

Liverpool: Jurgen Klopp mengkritik cara Liverpool mempertahankan kelebihan dua gol mereka apabila Brighton berjaya bangkit untuk mengikat keputusan seri 2-2 di Anfield, semalam.

Jordan Henderson dan Sadio Mane meletakkan Reds 2-0 di depan selepas 24 minit namun pasukan Graham Potter berjaya bangkit menerusi dua gol dari Enock Mwepu dan Leandro Trossard.

Ia adalah kali keenam Liverpool gagal melakarkan kemenangan Liga Perdana di tempat sendiri selepas mendahului dua gol.

Cubaan Yves Bissouma terkena palang dan gol Trossard dibatalkan kerana ofsaid ketika Seagulls mengancam melengkapkan kebangkitan mereka.

"Pada babak kedua, kami tidak bagus. Bahasa badan ditunjukkan saya langsung tidak suka," kata pengendali dari Jerman itu.

"Ia seperti, 'Oh tuhan, ia sangat sukar'. Betul, ia jelas sebelum perlawanan.

"Cara terbaik untuk bertahan daripada Brighton ialah mengawal bola dan bermain di ruang yang mereka terdedah, tetapi kami tidak melakukannya dan itu adalah masalah."

Gol Mane dan Mohamed Salah dibatalkan kerana terkena tangan dan ofsaid ketika Liverpool mendominasi saingan namun gagal menyekat terus Brighton pada babak pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 9:14 AM