PDRM terpaksa menangguhkan aksi menentang Kuching City FC akibat jangkitan wabak Covid-19. FOTO Ihsan PDRM FC
PDRM terpaksa menangguhkan aksi menentang Kuching City FC akibat jangkitan wabak Covid-19. FOTO Ihsan PDRM FC
BERNAMA

Kuala Lumpur: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan dua perlawanan pertama Liga Perdana 2022 terpaksa ditunda akibat jangkitan wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata penundaan aksi itu membabitkan Selangor FC 2 menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam dan PDRM FC berdepan Kuching City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

"Perlawanan itu masing-masing dijadual pada 5 dan 7 Mac.

"Pihak sekretariat MFL menerima permohonan daripada PDRM FC, seorang jurulatih dan 14 pemain mereka didapati positif dan kontak rapat bergejala sementara dua jurulatih serta kesemua pemain Skuad Projek FAM-MSN juga ditimpa nasib yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2022 @ 11:16 PM