MAHREZ (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
MAHREZ (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
AFP

Peterborough: Oleksandr Zinchenko mengetuai Manchester City ketika penyudah cantik Riyad Mahrez dan Jack Grealish memastikan juara bertahan Liga Perdana itu melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Peterborough 2-0 di tempat lawan, hari ini.

Zinchenko yang juga pemain antarabangsa Ukraine, memakai lilitan kapten pada penampilan pertamanya sejak Rusia menceroboh Ukraine.

Fernandinho pada awalnya diberi tanggungjawab itu tetapi bintang Brazil berkenaan yang berhijrah dari kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk, menawarkan lilitan kapten kepada Zinchenko untuk menunjukkan tanda solidariti.

"Saya rasa adalah baik untuknya beraksi dan menunjukkan mengapa dia berada di sini.

"Dia seorang pemain yang hebat dan perlu turun beraksi," kata pengurus City," Pep Guardiola.

Skuad bimbingannya memerlukan masa untuk menembusi gawang lawan yang menduduki kelompok bawahan Liga Kejuaraan.

Mahrez yang masuk sebagai pemain gantian meledak gol ke-19 pada musim ini sepanjang 32 penampilan.

Grealish pula mempamerkan aksi lebih meyakinkan sejak berhijrah dari Aston Villa.

Dia mempamer sentuhan hebat mengawal bola berpunca hantaran jauh Phil Foden sebelum melepasi Steven Benda untuk gol keempatnya bersama City.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2022 @ 7:33 AM